# 1 Cari Peluang Bersama Dengan Anda
Lelaki itu sentiasa mencari peluang bersama-sama dengan anda. Sebagai contoh rakan anda menyertai rombongan yang sama dengan anda, menemani anda joging dan sebagainya. Ini bagi membolehkan sidia mendekati anda dengan lebih rapat lagi.
# 2 Sentiasa Menghubungi Anda
Lelaki yang meminati anda akan sentiasa menghubungi anda samaada melalui sms ataupun telefon hanya bertanyakan sesuatu seperti anda sudah makan ke belum, sihat ataupun tidak, sedang buat apa di rumah.
# 3 Berusaha Mengambil Hati Anda
Lelaki tersebut selalu belanja anda makan, bermain bowling ataupun menonton wayang bersama-sama dengannya.
# 4 Sentiasa Bersama Anda Ketika Susah dan Senang
Lelaki itu sering bersama-sama dengan anda tidak kira anda dalam keadaan susah atau senang.
# 5 Rajin Membantu Anda
Rakan Lelaki anda itu amat rajin membantu anda samaada berkaitan kerja mahupun masalah peribadi. Sekiranya tidak dapat membantu anda dia akan berasa sedih dan kecewa.
# 6 Memberi hadiah/kejutan
Anda sering mendapat hadiah ataupun kejutan daripadanya. Mungkinkah dia telah jatuh cinta kepada anda.
# 7 Pandangan mata
Pandangan matanya sering tertumpu kepada anda dan selalu memandang anda secara curi-curi sekiranya mempunyai peluang.
# 8 Senyuman
Rakan lelaki anda itu sering melemparkan senyuman penuh makna terhadap anda.
# 9 Suka Berbual
Dia suka berbual dengan anda walaupun dia mempunyai ramai lagi rakan perempuan.
# 10 Hint/Berteka Teki/Isyarat
Anda juga boleh mengetahui bahawa lelaki itu menyukai anda daripada hint,teka teki dan isyarat yang diberikan oleh lelaki itu. Sebagai contoh sidia akan menyatakan menyukai seseorang perempuan yang mempunyai ciri-ciri seperti anda ataupun sidia akan mengatakan die gembire dengan anda dan ingin mengenali anda dengan lebih rapat.
# 11 Berterus Terang
Ada sesetengah lelaki yang lebih berterus terang dengan anda dengan menyatakan bahawa dia menyintai dan menyukai anda.
# 12 Perasaan Anda
Perasaan anda sendiri dapat merasakan bahawa lelaki itu suka kepada anda.