Bagaimana Cara Elak Serangan Asma

Bagaimana Cara Elak Serangan Asma. Asma memang adalah sesuatu penyakit yang biasa dialami oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa. Serangan asma boleh dielakkan dengan mengamalkan pendekatan dan amalan-amalan yang mampu membantu mengelak ianya terjadi.

Di sini kami kongsikan sedikit info dan tips bagaimana elak serangan asma daripada berlaku.

Bagaimana Cara Elak Serangan Asma

Tips Bagaimana Elak Serangan Asma

Selain daripada pengamalan pemakanan yang baik dan pengambilan ubat asma, anda juga perlu mengamalkan pendekatan luaran bagi mengelakkan berlakunya serangan asma.

  1. Jangan membela haiwan berbulu. Namun sekiranya anda mempunyai haiwan peliharaan jenis berbulu,elakkan ia dari duduk di atas sofa,katil atau bantal anda.
  2. Elakkan daripada penggunaan fabrik yang boelh menyebabkan alergik terutamanya pada tilam dan bantal anda.
  3. Seeloknya jauhkan softtoy daripada diri anda atau anak anda yang menghidap asma.
  4. Jika anda memang menghidap asma, lagi bagus jangan gunakan sebarang karpet di dalam rumah anda.
  5. Hentikan merokok sekiranya ada ahli keluarga anda yang menghidap asma. Sekiranya ahli keluarga atau suami anda memang penghisap rokok maka pastikan mereka menghisap rokok berjauhan dari anak/anda atau nasihatkan mereka merokok di luar rumah.
  6. Anda juga perlu memastikan tiada fungus di dalam rumah anda terutamanya di dalam bilik air.
  7. Selain itu, anda perlu elakkan penggunaan bahan pencuci komersil yang mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan berlakunya serangan asma. Anda boleh cuba gantikannya dengan bahan pencuci semulajadi seperti Get Clean Shaklee dan sebagainya.

Serangan asma memang boleh berlaku pada bila-bila masa. Namun langkah pencegahan awal mampu menghalang ianya daripada terjadi. Sayangi diri anda dan orang di sekeliling anda.

See also  Bagaimana Cara Hilangkan Eyebag Dengan Cepat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *