Konflik antara menantu dan ibu mertua adalah sesuatu yang biasa dan bagi yang tidak dapat bertahan pasti akan timbul masalah dan konflik rumah tangga di mana isteri anda ataupun anda sebagai isteri sukar untuk menerima ibu mertua dan begitu juga ibu mertua anda.
Ada sahaja perkara yang tidak kena dan ada sahaja teguran dari ubu mertua anda yang menyebabkan anda terguris dan memendam rasa. Sebagai orang muda kita perlu beralah dan cuba mengambil hati mereka.
Di sini kami sediakan panduan dan tips bagaimana mengambil hati ibu mertua anda.
Bagaimana Mengambil Hati Ibu Mertua
# 1 Berbahasa dan Sopan Santun
Bagaimana mengambil hati ibu mertua jika anda tidak menjaga percakapan anda dan perbuatan anda. Walaupun ibu mertua anda berkasar dengan anda, anda perlu cuba bercakap dengan baik dan menghormatinya.
# 2 Beri Hadiah
Anda boleh mengambil hatinya dengan memberi hadiah. Berikannya hadiah setiap kali anda balik ke kampung sekiranya anda jarang pulang ke kampung. Berikan buah-buahan,makanan, dan sekiranya anda sanggup berbelanja besar maka anda boleh membelikannya barang kemas sekali sekala. Ibu Mertua anda pasti suka dan rasa dihargai apabila anda memberinya hadiah.
# 3 Berpakaian yang baik
Pakai pakaian yang baik dan tidak seksi.
# 4 Jangan Bertanding atau Cuba Mengatasinya
Ibu Mertua anda sebagai orang tua pasti lebih hebat daripada anda dan anda perlulah beralah sekiranya anda lebih pandai darinya. Jangan melebih daripadanya.
# 5 Cuba berbaik dengan Adik-Beradik Ipar
Wujudkan hubungan yang baik dengan adik-beradik ipar anda. Ibu mertua anda pasti suka melihat anda dan anak-anaknya baik seperti adik-beradik sebenar. Sekiranya anda mempunyai hubungan yang baik dengan ipar anda InsyaAllah mereka akan membantu anda menyejukkan keadaan sekiranya anda dimarahi atau bergaduh dengan ibu mertua anda.
# 6 Berhubung Selalu
Amalkan menelefon ataupun sms ibu mertua anda selalu samaada bertanya khabar ataupun hanya berborak kosong.
# 7 Kesabaran
Banyakkan bersabar sekiranya anda ditegur atau dimarahi oleh ibu mertua. Jangan melawan, cakap dengan sopan dan cuba beralah.
# 8 Bertenang
Pastikan diri anda sentiasa tenang dan Istighfar sekiranya anda rasa tertekan ataupun marah.
# 9 Jangan Ceritakan Masalah
Jangan ceritakan masalah keluarga anda terutamanya pergaduhan dengan suami dan masalah kewangan. Ibu Mertua anda mungkin tidak sependapat dengan anda dan mungkin masuk campur dalam hal rumah tangga anda. Adalah lebih baik anda selesaikan masalah tersebut antara anda bedua dan sekiranya tidak dapat diselesaikan maka bolehlah meminta bantuan daripada orang lain termasuklah ibu mertua anda.
# 10 Dengar
Dengar nasihat dan pendapat ibu mertua anda sekiranya ianya baik dan berguna untuk anda.
# 11 Ikut Caranya
Ibu mertua anda mempunyai caranya sendiri melakukan sesuatu dan tidak sama seperti ibu anda. Sebagai contoh cara memasaknya lain, maka ikut sahaja caranya dan pasti ibu mertua anda gembira dengan anda.
# 12 Terima
Terima kelemahan dan keburukan ibu mertua anda. Hormati dia sebagai orang yang lebih tua dari kita dan ambil masa bagi memahami dan menerimanya sebagai ibu kita.
Tips dan panduan Bagaimana Mengambil Hati Ibu Mertua di atas amat penting bagi setiap pasangan yang baru berkahwin mahupun telah lama berkahwin.