Cara Buat Giant Bubble Sendiri Untuk Anak-Anak

Cara Buat Giant Bubble sendiri memang mudah. Ianya tidak perlu modal dan besar dan yang pasti anak-anak dapat main dengan sepuas-puasnya.

Tak perlu lagi nak beli dan jika anda rajin anda pula boleh berniaga giant bubble ni di taman-taman.

Cara Buat Giant Bubble Sendiri Untuk Anak-Anak

Perniagaan giant bubble ni memang agak menguntungkan jika dicuba anda ianya hanya pada waktu petang secara part time.

Cara Buat Giant Bubble Sendiri – DIY

Bahan Membuat Giant Bubble

6 cawan berisi air
1/2 cawan berisi cairan pencuci pingan (contoh joy dan lain-lain)
1/2 cawan berisi tepung jagung
1 sudu besar berisi gliserin
1 sudu besar berisi serbuk baking powder

Cara Membuat buih Giant Bubble

1. Ambil bekas kosong, isikan dengan air dan tepung jagung.
2. Gaulkan bahan tadi dan kacau perlahan-lahan menggunakan senduk atau pemukul telur.
3. Kacau sehingga semuanya larut.
4. Masukkan bahan-bahan lain ke dalam bekas tadi.
5. Kacaukan secara perlahan sehingga semuanya sebati.
6. Biarkan ia dalam sekurang-kurangnya 1 jam.

Cara buat Frame Giant Bubble/Giant Bubble Wand Sendiri 

Bahan Frame Giant Bubble – 2 straw dan tali

1. Masukkan tali yang anda sediakan ke dalam straw dan bentukkan seperti bentuk segiempat. Sila rujuk gambar yang kami sediakan di atas.
2. Buat ikut saiz yang bersesuaian dengan anak anda atau besar bubble yang ingin dibuat.
3. Jika anak kecil buatkan pendek dan jika untuk orang dewasa buatkan besar.

Cara Main Giant Bubble

Cara Main Giant Bubble

Celupkan wand buble anda ke bekas berisi adunan sabun tadi. Angkat wand anda dan tarik ke arah belakang. Cuba beberapa kali insyaaAllah anda berjaya.

Best kan dapat buat giant bubble sendiri. Jadi apa lagi cepat-cepat buat untuk anak-anak anda. Jangan lupa share kepada rakan-rakan jugak ye. Zaman sekarang ni baik suat sendiri, dapat gak jimat kan belanja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *