Cara Buat Lagu Guna AI (Unlimited Kredit)

Adakah anda pernah bercita-cita nak janji penulis lirik atau jadi penyanyi. Namun malangnya kebanyakan daripada kita tiada bakat mahupun suara yang merdu lagi sedap.

Ringkasan Artikel Ini:
1. Apa itu Suno AI
2. Kenapa guna Suno Ai buat lagu
3. Cara buat lagu guna AI Step by Step
4. Fungsi share, donwload lagu dan video
5. Rahsia tiru style penyanyi popular
6. Unlimited kredit untuk cipta lagu

7. Penerangan harga dan pelan berbayar

Jadi relax, jangan risau. Cita-cita itu bukan lagi angan-angan kosong. Dengan teknologi terkini menggunakan AI anda bukan sahaja boleh boleh membuat lagu guna AI bahkan siap dengan nyanyian lagi. Hebat sangat ni!

Tak perlu lagi kemahiran bermain alat musik, tidak perlu kemahiran menulis lirik mahupun kemahiran menyanyi mahupun suara yang merdu.

Suno AI

Memperkenalkan Suno AI, pelopor dalam revolusi musik dunia yang menyediakan cara buat lagu guna AI yang merupakan antara yang menyediakan teknologi music making paling advance sekali yang pernah saya jumpa setakat ini.

Mengapa Guna Suno untuk Buat Lagu Guna AI

Ok. Penjelasan kami ialah Suno AI ini telah di train dan finetune dengan data set lagu dan musik yang sangat besar meliputi dalam perlbagai bahasa dan bunyian alat musik.

Dengan versi terkininya iaitu versi 3.5, anda boleh mencipta lagu dalam tempoh yang lebih panjang daripada versi sebelum ini iaitu sehingga ke 4 minit.

Lenggok lagu dan tema yang lebih kompleks membolehkan anda mencipta lagu yang lebih variasi dan lebih menarik daripada versi yang lama.

Tanpa membuang masa jom kami kongsikan cara menggunakan Suno AI.

Cara Buat Lagu AI di Suno (Step by Step)

1. Buka Akaun di Suno

Untuk mula gunakanSuno AI ini mestilah anda kena mendaftar dahulu, jadi anda boleh daftar di link ini suno.com.

Cari butang Sign In di bahagian bawah kiri dan anda boleh sign in masuk menggunakan seperti Apple ID, Discord, Google, nombor telefon ataupun akaun Microsoft anda.

Untuk pendaftaran ini ianya adalah percuma dan anda akan diberikan 50 kredit untuk digunakan.

2. Cipta Lagu Anda

Untuk cipta lagu anda klik pada create. Mode default adalah mode simple dimmana anda hanya perlu masukkan style lagu dan deskripsi lagu yang anda ingin buat.

3. Tema lagu

Untuk hasil yang lebih umpph anda boleh juga detailkan mood,tema,alat muzik yang anda inginkan untuk hasilkan lagu yang lebih kepada citarasa anda.

4. Setkan Vokal / Instrumental

Setkan instrumental on jika anda inginkan hanya muzik sahaja namun jika lagu penuh biarkan

Kalau anda lebih suka lagu jenis instrumental, offkan Vokal dengan onkan Instrumental.

4. Dengarkan Lagu

Setelah anda selesai mencipta lagu, klik pada gambar thumbnail pada lagu anda di sebelah kanan untuk mendengarkannya. Tak susah manapun kan.

Custom Mode di Suno AI

1. Custom Mode

Tekan pada butang Custom dan paparan ini akan dipaparkan.

2. Tulis Lirik Anda Sendiri

Di Custom Mode ini anda boleh memasukkan lirik anda sendiri atau gunakan Make Random Lyrics di mana ia akan ciptakan lirik random untuk anda.

Untuk lirik tulisan sendiri atau chatgpt pastikan guna metatag seperti [verse], [chorus], atau [break] bagi struktur lirik anda supaya Suno boleh faham apabila mencipta lagu nanti.

3. Style of Music

Di sini anda masukkan style lagu dan musik anda. Gunakan kreativiti anda dengan mencuba style seperti pop,rock,classical, ballad dan sebagainya. Selain itu boleh tuliskan terus suara lelaki atau perempuan.

Contoh: pop, beat, jazz, male voice

4. Title

Ruangan ni untuk anda setkan tajuk lagu supaya senang anda nak cari dan kenal

5. Create

Tekan butang create dan lagu anda akan dicipta. Suno akan berikan anda 2 versi lagu berdasarkan lirik anda.

Fungsi Share, Download Audio dan Video Suno AI

1. Share

Anda boleh share link lagu yang telah anda cipta dengan fungsi copy link atau share

2. Donwload Audio

Anda boleh donwload lagu anda dengan menekan butang Download<Audio

3. Download Video

Suno akan createkan juga video beserta lirik lagu buat anda. Pada butang tiga hujung sama seperti untuk download audio tadi. Tekan Download<Video

Rahsia Buat Lagu Style Penyanyi Terkenal

Ikutkan jika anda buatkan lagu mengikut style dan nama penyanyi terkenal, ianya adalah sama sekali salah dan melanggar etika copyright. Namun ada trick dan cara supaya lagu yang anda create itu seakan penyanyi terkenal yang anda inginkan.

Kami kongsikan sedikit di bawah:

  • Michael Jackson: 80s Pop, Iconic, Dance, male vocals
  • The Beatles: 60s British Pop, Classic, Rock
  • Elvis Presley: 50s Rock, Hero Theme, male vocals
  • Taylor Swift: Pop, Emotional, Alternative Folk, female vocals
  • Beyoncé: RnB, Danceable, Anthemic, female vocals
  • Ariana Grande: Pop, Ethereal, Dance Pop, female vocals
  • Drake: HipHop, Trap, male vocals
  • Ed Sheeran: Folk, Acoustic Guitar, male vocals
  • Rihanna: RnB, Festive, Dance Pop, female vocals
  • Kanye West: HipHop, Eclectic, Progressive, male vocals
  • Adele: Soul, Emotional, Torch-Lounge, female vocals
  • Bruno Mars: Funk, Groovy, Dance Pop, male vocals
  • Lady Gaga: Pop, Theatrical, Dance, female vocals
  • The Weeknd: RnB, Cinematic, Dark, male vocals
  • Justin Bieber: Pop, Chillwave, Danceable, male vocals
  • Kendrick Lamar: HipHop, Storytelling, Lyrical, male vocals
  • Madonna: Dance Pop, High-NRG, female vocals
  • Elton John: Piano Pop Rock, Theatrical, male vocals
  • Billie Eilish: Pop, Minimal, Dark, female vocals
  • Jay-Z: HipHop, Storytelling, Aggressive, male vocals
  • Metallica: Heavy Metal, Power
  • Snoop Dogg: Rap, Chill, Funk, male vocals
  • Coldplay: Alternative Rock, Atmospheric
  • Red Hot Chili Peppers: Funk Rock, Heavy Drums, Stadium
  • Whitney Houston: Pop, Emotional, RnB, female vocals
  • Nirvana: Grunge, Raw, Dark, male vocals
  • Queen: Rock, Theatrical, Operatic, male vocals
  • Eminem: HipHop, Aggressive, Lyrical, male vocals
  • Linkin Park: Rock, Emotional, Nu Metal
  • Green Day: Punk Rock, Youthful, Aggressive
  • Katy Perry: Pop, Festive, Glitter, female vocals
  • Shakira: Latin, Festive, Dance Pop, female vocals
  • David Bowie: 70s British Rock, Eclectic, Art, male vocals
  • Post Malone: Rap, Ambient, Ethereal, male vocals
  • Dua Lipa: Disco, Groovy, Dance Pop, female vocals
  • The Rolling Stones: Rock, Classic, Blues Rock
  • Lizzo: Pop, Empowering, Funk, female vocals
  • SZA: RnB, Emotional, Neo Soul, female vocals
  • Camila Cabello: Pop, Festive, Latin Jazz, female vocals
  • Nicki Minaj: Rap, Bold, Danceable, female vocals
  • Cardi B: Rap, Party, Aggressive, female vocals
  • Harry Styles: Pop, Groovy, Rock, male vocals
  • Imagine Dragons: Rock, Emotional, Anthemic
  • Miley Cyrus: Pop, Party, Rock, female vocal

Boleh cuba style diatas dan ubah ikut citarasa dan kreativiti anda.

Cara Dapatkan Unlimited Free Kredit dalam Suno AI

Suno AI memberikan anda sehari 50 kredit secara percuma untuk anda guna.

Pada pertama kali saya mencuba Suno saya ingatkan habis 50 kredit maka habislah saya tidak boleh create lagu lagi. Kena beli kredit lagi. Rupanya ia refresh 50 kredit setiap hari. 🙂

Untuk setiap lagu penuh anda ditolak 10 kredit tapi jika anda guna untuk create lirik sahaja ia kenakan anda 5 kredit sahaja.

Jadi kalau anda adalah free user maka boleh cuba cara di bawah supaya anda boleh dapat unlimited kredit di Suno AI:

  1. Generate lirik ditempat lain seperti chatgpt jika anda hanya ingin mencipta lagu sahaja.
  2. Pastikan anda gunakan prompt yang detail dan check semula supaya anda tidak tersilap lagu yang memang akan sebabkan anda rugi kredit.
  3. Rancang lagu anda supaya anda boleh gunakan cukup sehari 50 kredit.
  4. Suno boleh digunakan menggunakan pelbagai akaun. Cipta beberapa emel akaun samaada daripada google, microsoft atau discor. Anda login ke akaun lain anda selepas anda kehabisan kredit.Ulang dan kredit anda tidak akan habis.

Pelan Subscription Suno AI

Jika anda inginkan ketenangan jiwa dan hanya ingin menggunakan 1 akaun sahaja untuk akaun anda kami cadangkan anda melanggan pelan bulanan atau tahunan mereka.

Bagi kami harganya sangat berpatutan:

Bayangkan dengan hanya melanggan pelan bulanan sebanyak USD10 anda mendapat kredit sebanyak 2500 dan boleh mencipta kira-kira 500 lagu. Banyak sangat kan dalam sebulan. Tak rugi rasanya dan sangat berbaloi.

Kata Akhir

Semoga perkongsian kami ini boleh membantu anda dalam mencuba teknologi AI yang sangat menarik ini. Kami tutup artikel ini dengan kata “Kini, semua orang boleh berkarya”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *