Cara Jaga Bayi Pramatang Yang Terbaik

Cara Penjagaan Bayi Pramatang yang terbaik yang perlu anda tahu! Penjagaan bayi pramatang memang agak rumit dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Oleh itu setiap ibu bapa perlu tahu cara-cara yang betul dalam menguruskan seseorang bayi yang pramatang.

Cara Jaga Bayi Pramatang Yang Terbaik

Penjagaan yang sempurna dapat membantu dalam pembesaran dan perkembangan bayi anda dari segi fizikal dan mental.

Disini kami kongsikan 7 cara penjagaan bayi pramatang yang kami harap dapat membantu para ibu bapa yang melahirkan bayi pramatang.

Cara Penjagaan Bayi Pramatang Yang Terbaik

1. Cara memegang bayi

Bagi bayi pramatang, anda perlu sentiasa memegangnya dengan kemas bagi mengelakkannya tersentak. Semasa mengangkat bayi, pegang kedua lengannya serapatnya. Selain itu pastikan anda menahan leher serta punggung bayi anda.

2. Posisi tidur bayi

Buat tempat tidur bayi anda dengan menggunakan gulungan selimut tebal dan bentukkan ianya menjadi seperti huruf U. Letakkan bayi anda ditempat tidur yang anda buatkan itu. Bayi akan merasa seperti ianya dipeluk dan tidak akan mudah untuk terperanjat.

3. Keterangan lampu

Semasa menyusukan atau menidurkan bayi anda, pastikan cahaya bilik anda dalam keadaan malap dan tidak terang. Cahaya yang terang akan menganggu bayi anda dan menyukarkannya untuk tidur.

4. Bunyi & Suasana

Elakkan bercakap dengan nada kuat ataupun berada berdekatan dengan tempat yang bising. Bayi pramatang perlukan ketenangan dan tidur yang berkualiti bagi merangsang perkembangan otak dan tubuh mereka.

5. Stimulasi pada bayi

Lakukan stimulasi positif melalui sentuhan, penglihatan dan suara. Hangatkan tangan anda semasa menyentuh dan mengusap bayi anda. Kerapkan meletak jari telunjuk anda dalam genggamannya supaya bayi itu boleh memegang tangan anda. Rajinkan berbual dan menyanyi kepadanya dimana anda perlu jarakkan muka anda dalam 30cm di hadapannya.

See also  Cara Menyelesaikan Masalah Komunikasi dalam Hubungan

6. Aktiviti

Jangan buat aktiviti atau kerja yang berturut-turut seperti mengantikan lampin, memakai pakaian dan menyusu secara berturut-turut kerana bayi pramatang mudah kepenatan. Bayi yang kepenatan boleh diketahui dengan melihat kesan berikut seperti hilang fokus, tangan yang menolak, menguap, meragam dan mengantuk.

7. Rawatan kanggaro

Rawatan kangaroo ini mampu membantu dalam menstabilkan suhu bayi, denyutan jantung & penafasan, memberi tidur yang nyenyak dan banyak lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *