Bagaimana cara menghilangkan urat kaki timbul dengan berkesan? Adakah anda mengalami masalah urat timbul? Maksud dengan urat timbul ialah urat-urat pada bahagian kaki yang jelas kelihatan timbul di kaki anda.
Masalah ini biasa dihadapi oleh para wanita dan lebih kerap timbul bagi wanita yang sedang mengandung.
Petua Bagaimana Menghilangkan Urat Kaki Timbul
Disini kami senaraikan beberapa tips yang anda boleh amalkan bagi mengurangkan masalah urat timbul di kaki.
1. Ketika duduk anda boleh naikkan kaki anda tinggi sedikit daripada punggun anda
2. Jangan memakai stokin yang ketat.
3. Pada waktu anda tidur seeloknya tinggikan sedikit kaki daripada badan anda. Anda boleh lapikkan kaki anda dengan bantal.
4. Elakkan daripada duduk bersila ataupun bersimpuh pada masa yang lama.
5. Amalkan mengurut kaki anda sekali sekala dengan minyak angin.
6. Amalkan merendam kaki anda selama 15 minit setiap hari dengan ia suam. Amalan ini membantu melancarkan aliran darah anda.
7. Makan vitamin C seperti buah-buahan seperti oren, lemon ataupun manga.
Semoga tip dan petua Bagaimana Menghilangkan Urat Kaki Timbul sedikit sebanyak dapat membantu anda mengatasi masalah ini.