Cara Putihkan Ketiak Hitam & Celah Paha Dengan Mudah

Cara Mudah Putihkan Ketiak Hitam adalah antara perkara yang menjadi carian bagi setiap wanita. Ketiak hitam merupakan satu masalah yang kerap dialami oleh setiap wanita namun tidak ramai yang mengetahui cara bagi mencerahkan ketiak yang benar-benar mujarab.

Di sini kami ingin kongsikan 3 teknik berkesan bagi memutihkan ketiak hitam dan celah peha dengan secepat 7 hari.

Ianya sungguh mudah dan 90% pengguna yang menggunakan petua memutihkan ketiak hitam berjaya mendapat hasil yang memuaskan.

Ringkasan apa yang kami kongsikan di sini:

  1. Punca menyebabkan ketiak anda menjadi hitam
  2. Kaedah tradisonal memutihkan ketiak menggunakan bahan di rumah
  3. Perubatan dan cara moden yang anda boleh gunakan
  4. Risiko rawatan berdasarkan pilihan anda

Punca Ketiak Hitam atau Gelap

Ada terdapat banyak sebab dan punca yang menyebabkan ketiak anda menjadi gelap. Antaranya adalah termasuklah seperti di bawah:

  • Kerengsaan dan geseran boleh berlaku dimana ia disebabkan oleh mencukur
  • Bahan kimia dalam deodoran dan antipeluh juga boleh menjadi punca ia berlaku
  • Pengumpulan sel kulit mati akibat kurang pengelupasan
  • Hiperpigmentasi, seperti peningkatan melanin dalam badan.
  • Tabiat merokok juga boleh meningkatkan hiperpigmentasi pada ketiak anda
  • Acanthosis nigricans, gangguan pigmentasi kulit yang berkaitan dengan diabetes, obesiti, dan tahap hormon yang tidak normal
  • Melasma, atau tompok gelap pada kulit.
  • Eritrasma ataupun jangkitan kulit disebabkan oleh bakteria
  • Selain itu, masalah anda mungkin juga disebabkan oleh gangguan penyakit kulit lain seperti penyakit Fox-Fordyce

Petua Tradisional & Cara Mudah Putihkan Ketiak Hitam

1. Parutan lemon dan timun

See also  Cara Mengatasi Kulit Berminyak(Praktikal)

– Cucikan bahagian ketiak anda dan paha yang hitam dengan parutan lemon dan timun.
– Lakukan sekurang-kurangnya 15-20 minit setiap hari.
– Kemudian basuh bahagian tadi dengan air suam sehingga bersih.

2. Kapur Sireh, Perahan Limau (putihkan ketiak dan hilangkan bau badan)

– Ambil secubit kapur makan (lebih kurang gunakan 3 jari).
– Kemudian ambil kapur tadi dan campurkan dengan sedikit air perahan dari limau nipis.
– Air campuran tadi hendaklah disapu kepada bahagian ketiak yang hitam itu.
– Seelok-eloknya semasa anda mandi, anda perlu basahkan ketiak anda terlebih dahulu.
– Gosok ketiak anda, dan seeloknya gosokkannya dengan kepala lutut.
– Amalkan seeloknya 2 kali seminggu semasa mandi.
(Anda mungkin akan terasa pedih sedikit/panas namun ia tidak memudaratkan kesihatan anda)

3. Tawas

– Ambil tawas dan campurkan dengan sedikit air suam
– Gunakan span ataupun kapas bagi menggosok ketiak dan celah peha anda

4. Betik Muda

Betik memang sedia kaya dengan vitamin C serta boleh membantu mencerahkan kulit. Parut betik sehingga ianya halus. Letakkan betik yang telah diparut tadi pada ketiak dan biarkan ianya disitu sekurang-kurangnya 15 minit. Seeloknya anda cuba lakukannya selepas mandi.

4 teknik dan petua memutihkan ketiak dan celah peha ini kami kongsikan khas buat anda. Apa yang anda perlu ialah kerajinan. Selamat mencuba.

Perubatan Moden Untuk Ketiak Hitam

Jika anda mencari rawatan moden untuk merawak ketiak hitam, kami ingin kongsikan beberapa pilihan cara yang mungkin anda guna untuk menyelesaikan masalah ini:

  1. Krim atau Losyen Pencerah Kulit
    • Hidrokuinon: Ia boleh membantu bagi mengurangkan hiperpigmentasi kerana ia mampu mengurangkan pembentukan melanin.
    • Tretinoin (Asid Retinoik): Tritinoin boleh merangsang pembaharuan sel kulit dan ia dapat meningkatkan penyerapan bahan pencerah yang lain.
    • Kortikosteroid: Ini mampu mengurangkan keradangan dan bertindak mengurangkan perubahan warna pada kulit anda.
    • Asid Azelaik: Ia mempunyai sifat anti-radang dan anti-bakteria yang boleh membantu mengurangkan masalah pigmentasi.
    • Asid Kojik: Berfungsi membantu menghalang pembentukan melanin dan mencerahkan kulit.
  2. Pengelupasan Kimia
    • Asid Alfa Hidroksi (AHA) dan Asid Beta Hidroksi (BHA): Kedua-dua asid ini boleh membantu mengelupas sel kulit mati dan memperbaharui kulit anda supaya menjadikannya lebih cerah.
  3. Dermabrasi atau Mikrodermabrasi
    • Prosedur ini adalah dengan menggunakan alatan khas bagi menghilangkan lapisan atas kulit, membantu mengurangkan bintik-bintik hitam dan memperbaiki tekstur kulit anda.
  4. Terapi Laser
    • Terapi laser digunakan bagi menghilangkan pigmen berlebihan dalam kulit sekaligus memberikan kesan pencerahan yang lebih mendalam.
  5. Antibiotik
    • Jikalau masalah ketiak hitam anda disebabkan oleh jangkitan bakteria seperti eritrasma, anda mungkin perlu medapatkan rawatan daripada doktor dan mungkin memerlukan rawatan menggunakan antibiotik.
    • Antara antibiotik yang anda boleh gunakan ialah seperti di bawah:
      • Antibiotik Topikal: eritromisin atau klindamisin.
      • Antibiotik Oral: penisilin.
      • Kedua-dua antibiotik topikal dan oral jika perlu.
See also  Cara dan Petua Hilangkan Sakit Mata

Risiko Rawatan Ketiak Yang Anda Perlu Tahu

Setiap rawatan yang anda lakukan mesti mempunyai kesan sampingan samaada tiada,sedikit atau teruk. Oleh itu kami kongsikan sedikit kemungkinan kesan sampingan yang mungkin akan berlaku

  1. Kesan sampingan bagi rawatan tradisional atau semulajadi:
    Walaupun anda menggunakan bahan semulajadi,ia juga berisiko memberi kesan sampingan seperti gatal-gatal dan ruam. Jika tidak bersesuaian dengan kulit anda ia mungkin akan menyebabkan ketiak anda menjadi lebih gelap.
  2. Kesan sampingan Rawatan moden:
    Ia juga mampu memberi kesan yang sama seperti di atas dan jika anda menggunakan ubat yang tidak disahkan KKM mungkin ia boleh menyebabkan penyakit lain kerana tindak balas daripada campuran bahan kimia di dalam ubat tersebut.

Selamat mencuba dan semoga anda berpuas hati dengan tips dan petua memutihkan ketiak hitam dan celah paha yang kami kongsikan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *