Permainan retro semakin popular sekarang. Kenapa ye? Kami rasa ramai yang rindukan zaman kanak-kanak mereka.
Ringkasan Artikel :
Main game retro rasa macam balik ke masa dulu. Seronok betul.
Permainan video mula berkembang sejak zaman 70-an. Dulu, tak ramai yang ada konsol sendiri. Zaman berubah, teknologi pun semakin maju. Sekarang, konsol permainan klasik boleh kita miliki sendiri di rumah dan harganya pun dah sangat murah. Best kan?
Bagi permainan retro ada daya tarikan tersendiri. Grafik mungkin tak sehebat sekarang PS5 tapi jalan cerita dan cara mainnya masih lagi menarik dan buat anak-anak teruja.
Kadang-kadang walaupun grafik dan gameplaynya simple tapi masih lagi menyeronokkan dan tidak perlu beratkan otak berfikir seperti mobile legend dan sebagainya. Game style baru sekarang tidak santai seperti game-game lama ni.
Jom kita imbas balik sekejap:
- Permulaan Permainan Video: Semua bermula dengan konsol seperti Atari dan Nintendo. Mereka perintis dalam industri ini. Tanpa mereka, mungkin kita tak ada game hebat hari ini.
- Kenangan Manis: Main game macam Mario, Sonic, dan Tetris. Game ini memang tak pernah lapuk. Sentiasa seronok, tak kira berapapun umur kita.
Permainan retro juga bagus untuk keluarga. Boleh main dengan anak-anak. Pengenalan yang baik untuk mereka. Mungkin mereka boleh faham kenapa kita sayang sangat dengan game lama.
ANBERNIC RG353V 3.5 INCH Handheld
Pernah rasa nak main game retro dengan grafik yang lebih cantik? Ini dia, ANBERNIC RG353V 3.5 INCH Handheld.
Handheld Console ini memang terbaik. Dengan design yang klasik dan skrin HD yang jelas memang best dan feel guna Anbernic ni memang lain macam.
Reka Bentuk Klasik
- Nampak macam Gameboy lama, tapi dengan skrin lebih cantik.
- Ada 2 butang analog dan directional button yang superb.
- Sedap dipegang, ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.
Ciri-ciri Utama
- Skrin HD 3.5 IPS: Paparan yang jelas, warna yang terang. Sesuai untuk main game lama dengan pengalaman baru.
- Games yang banyak: Jumlah game anda boleh pilih pakej 15K, 25K atau 35K games. Lagi banyak game lagi mahal. Tapi kalau pandai boleh masukkan game sendiri. Tapi bagi kami agak lecehlah kan nak download sendiri. Kalau kami, kami beli je yang dah ada game siap.
- Bateri Tahan Lama: Boleh main berjam-jam tanpa risau bateri cepat habis. Bateri Kapasiti 3200mAh yang boleh tahan sampai 4 jam
- Connectivity: Ada bluetooth dan wi-fi
- Controller: External Controller boleh disambung
- External: HDMI untuk sambungkan ke TV atau monitor
Review Pengguna
Di bawah adalah review pengguna daripada laman shopee yang kami screenshot buat anda.
Gamestick M8 Video Game Console With Classic Retro Game Console HD
Yang ni memang best. Kami ada beli game stick ni untuk anak kami dan sangat berpuas hati sebab kualitinya sangat bagus dan boleh main banyak jenis game. Memang best!
- Boleh main semua game seperti arcade, game tape, SNES, Game Boy, PSP,PS2,PS1.
- Main menggunakan TV anda. Pastikan TV anda anda HDMI Port.
- Boleh sambungkan sehingga 4 game controller.
- Banyak sangat game sehingga 20,000 game.
- Contoh game daripada mario,sonic,metal slug, pokemon semua ada.
Review M8 Video Game Console
Kami lihat ia dapat 4.8 bintang dengan jumlah pembeli lebih daripada 1.3k (5 bintang). Kira ramai dah cuba dan berpuas hati.
900 Games Handheld Game Console Mainan Pokemon
Model ni bagi mereka yang tak sukakan main di TV dan suka bermain ditangan secara handheld. Macam main game boy dan psp, di mana-mana sahaj kita boleh main.
- Handheld style macam GBA
- Support banyak console
- Ada 900 games seperti mario, pokemon, metal slug, harvest moon, king of fighter, dan banyak lagi
- Mudah dipegang. Tak sakit tangan walaupun main lama.
- Bateri boleh tahan 3 ke 5 jam masa bermain.
- Boleh disambungkan ke TV tapi menggunakan kabel VGA iaitu kabel merah, putih. Bukannya kabel HDMI.
Review Pengguna
Bagi game ni dapat 1.5k review dengan 5 bintang. Memang terbukti best!
400 Games Brand Retro Mini
Konsol mini yang kecil molek ini sangat popular. Walaupun Kecil tapi ia penuh dengan 400 permainan klasik.
- Harganya sangat murah dan boleh disambungkan dengan TV anda menggunakan kabel VGA.
- Ada joystik tambahan bolehkan kita main sehingga 2 orang.
- 400 games klasik seperti mario, contra, tank, galaga dan sebagainya.
- kapasiti bateri 1020 mAH
Review Pengguna
Semua oldtimer memberikan game ni 5 bintang. Semua nampaknya berpuas hati.
Tips Memilih Konsol Retro
Kita akan tengok beberapa tips untuk bantu korang pilih konsol retro yang paling sesuai. Semua orang ada keperluan dan bajet yang berbeza, jadi penting untuk buat pilihan yang tepat.
Bajet
- Tentukan berapa banyak yang korang sanggup keluarkan. Jangan sampai pokai.
- Tengok promosi atau diskaun yang ada. Boleh jimat sikit.
Ciri-ciri Konsol
- Fikirkan apa ciri paling penting bagi korang. Skrin HD? Kawalan tanpa wayar?
- Kalau suka bermain dalam perjalanan, pilih yang mudah alih.
Jenis Permainan
- Ada konsol yang datang dengan beratus-ratus permainan binaan dalam. Pilih yang ada game kegemaran korang.
- Kalau minat game klasik, pastikan konsol tu ada emulator untuk pelbagai sistem.
Pengalaman Pengguna
- Baca ulasan pengguna lain. Kadang-kadang apa yang dijanjikan tak sama dengan apa yang kita dapat.
- Tanya kawan-kawan yang dah pernah guna. Pendapat mereka boleh bantu buat keputusan.
Perbandingan Enam Konsol
- Bandingkan ciri-ciri utama setiap konsol. Skrin, permainan binaan dalam, sambungan tanpa wayar, dan lain-lain.
- Ambil kira kelebihan dan kekurangan setiap konsol. Mana satu yang lebih berbaloi?
Faktor Lain
- Reka bentuk dan keselesaan. Penting kalau korang nak main lama-lama.
- Ketahanan bateri kalau guna konsol mudah alih. Tak nak tengah syok main, bateri mati.
Cara Membeli
- Cari di laman web yang boleh dipercayai. Pastikan ada jaminan atau polisi pemulangan.
- Kalau suka DIY, tengok forum atau YouTube untuk modifikasi dan tips tambahan.
Kita dah ulas 4 konsol retro yang memang best. Ada yang suka yang klasik, ada yang suka yang moden sikit.
Apa-apa pun, semua ni bagi kita rasa balik nostalgia masa zaman kita dulu-dulu.
Kenapa permainan retro masih relevan? Mudah je, ia bawa kita balik ke zaman kanak-kanak, masa semua benda nampak lebih mudah dan seronok.
Permainan retro memang tak lekang dek zaman. Setiap konsol ada kelebihan dan kekurangan, tapi apa yang penting ialah ia masih mampu beri kita pengalaman yang menyeronokkan tanpa grafik dan gameplay yang kompleks pada zaman ni.
Nak pilih yang mana satu? Tengok bajet, tengok keperluan, dan paling penting, tengok apa yang buat kita rasa happy.
Kami harap perkongsian kami ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!