Khasiat dan Kebaikan Santan Kelapa

Kebaikan santan kelapa dan manfaatnya memang tidak diketahui ramai. Kebanyakan daripada kita hanya tahu bahawa santan adalah terhasil daripada perahan kelapa parut yang mengandungi banyak lemak dan tidak baik untuk kesihatan badan.

Namun, santan kelapa sebenarnya mempunyai banyak manfaat dan kegunaannya selain digunakan dalam masakan.

Santan kelapa sebenarnya mempunyai banyak kebaikan dan kegunaan bukan sahaja kepada masakan sahaja. Disini kami kongsikan kebaikan dan kelebihan santan kelapa daripada aspek kecantikan dan kesihatan.

Ringkasan apa yang kami kongsikan di sini:

  • Bagaimana Cara Santan Kelapa Dibuat
  • Kebaikan Santan Untuk Kecantikan
  • Kebaikan Santan Untuk Kesihatan
  • Risiko dan Keburukan Santan
  • Persoalan atau keraguan berkaitan santan.
Khasiat dan Kebaikan Santan Kelapa

Bagaimana Santan Kelapa itu Dibuat

Jika anda ingin membuat santan kelapa, apa yang anda perlu buat ialah anda perlu mengikis atau memarut isi kelapa tua dan kemudian memerahnya melalui penapis.

Bagi santan pekat biasanya ia mengandungi lebih banyak lemak berbanding santan cair. Ada dua jenis santan iaitu santan yang pekat atau cair dimana santan kelapa cair didapati daripada isi kelapa yang telah diperah yang masih berada di dalam kain kasa/penapis.

Penjual biasanya mencampurkan parutan kelapa tadi dengan air suam/air kosong dan memerahnya. Hasil perahan yang keluar adalah lebih cair berbanding santan pekat.

Santan kelapa juga boleh didapati dalam bentuk serbuk dan kebanyakannya boleh juga didapatkan di kedai atau pasaraya.

Kebaikan Santan Kelapa Untuk Kecantikan

1. Merawat Kulit
Ambil santan kelapa dan gosokkan pada kulit selama 30 minit. Kandungan nutrisi dalam santan akan diserap oleh kulit anda. Amalkan selalu dan ini akan membantu menjadikan kulit anda halus bersinar, melembapkan dan mengurangkan berlakunya ruam dan kulit kering.

See also  Bagaimana Cara Elak Serangan Asma

2. Mencantikkan Rambut
Santan mengandungi vitamin E dan lemak essential mampu membantu meningkatkan pertumbuhan rambut anda. Ia juga menjadikan rambut lebih lembut dan lembab. Caranya ialah dengan meletakkan santan pada kulit kepala, lakukan urutan perlahan dalam lebih kurang 10 minit dan kemudian bilaskan.

3. Penanggal makeup
Campurkan sedikit minyak kelapa bersama dengan santan. Kemudian gunakan ia sebagai penanggal dan pembersih makeup. Ia juga berguna sebagai pelembap kulit.

4. Anti Aging
Sapukan santan pada kulit muka anda. Kandungan vitamin C di dalam santan dapat membantu melambatkan penuaan kulit anda (anti-aging)

Kelebihan Santan Daripada Segi Kesihatan

1. Santan kelapa memang kaya dengan nutrisi dan zat di mana ia mengandungi banyak vitamin, elektrolit dan mineral termasuklah kalsium,klorida dan potasium.

2. Ia penganti kepada susu terutamanya kepada mereka yang mengalami alergik kepada susu haiwan. Santan bebas daripada soya, bebas kekacang dan bebas gluten.

3. Ia juga boleh membantu mengurangkan sakit leher dan bisul.

Risiko dan Keburukan Santan Kelapa

Secara sederhana, santan boleh memberi manfaat kesihatan, tetapi pengambilan terlalu banyak boleh menyebabkan beberapa kesan yang tidak diingini.

Santan mengandungi kalori dan lemak yang tinggi. Menggabungkan pengambilan santan yang tinggi dengan diet kaya karbohidrat boleh mengakibatkan penambahan berat badan.

Menggantikan susu tenusu dengan santan mungkin bermakna seseorang itu mengambil kurang kalsium, vitamin D dan vitamin A. Sesiapa yang menggunakan santan dan bukannya susu tenusu harus memilih produk yang diperkaya dengan nutrien ini atau makan makanan lain yang mengandungi nutrien ini.

Semoga perkongsian manfaat santan kelapa kepada kecantikan dan kesihatan ini berguna kepada anda.

Kerisauan dan Soalan Berkaitan Santan?

Kami juga ingin kongsikan beberapa soalan atau kerisauan yang mungkin anda terfikir:

See also  Resepi Air Detox Terbaik Yang Anda Tak Tahu!

Adakah santan kelapa ini sama dengan susu?

Ok. Untuk makluman anda santan dihasilkan daripada kelapa dan ianya bukanlah daripada haiwan seperti lembu. Ianya adalah daripada tumbuhan maka ia bukan produk tenusu ataupun susu.Namun ia boleh mengantikan susu di dalam kopi atau teh.

Betulkah santan ini baik untuk kesihatan?

Santan ada kelebihannya buat kesihatan anda namunia juga boleh mengandungi karbohidrat dan lemak yang tinggi. Mengambil santan dengan berlebihan boleh meningkatkan kandungan gula dalam badan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *